Salam semua... alhamdulillah sekarang barulah ada kesempatan tuk sambung cerita kat blog ni. Cerita terbaru kami ialah AHMAD QADRY yang telah selamat dilahirkan pada 3 Julai 2008, jam 9.24 malam di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, BSB. Alhamdulillah Allah telah mengurniakan kami anak yang sempurna.
Pada 7 Julai 2008, Doktor telah mengesahkan Ahmad Qadry mengalami penyakit isomerism yang menyebabkan keadaan jantung nya tidak normal dan limpa tidak berfungsi. Doktor telah menerangkan pada Mami dan Babah satu persatu tentang keadaan Ahmad Qadry. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan kami pada masa tu. Allah yang maha berkuasa. Allahu Akbar. Ahmad Qadry ditempatkan di ICU beberapa hari sehinggalah Doktor membenarkan Ahmad Qadry balik rumah. Ahmad Qadry dibekalkan Penicilin iaitu antibiotik yang harus dimakan 2 kali sehari setiap hari. Babah dan Mami hanya mampu berdoa pada Allah agar Ahmad Qadry dilindungi, diselamatkan, dirahmati, disehatkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesehatan pada anak kami. As a lullahal 'Azim, Rabbal 'Arsyil 'Azim, An Yashfiya Ahmad Qadry... Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment